Tuesday 25 November 2014

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM KOLESTROL TINGGI..???


Saya kurus pun boleh kena Kolesterol Tinggi..???
Saya memang dah agak saya mempunyai Kolesterol Tinggi sebab saya gemuk...???
Adakah cara pemakanan yang buatkan Kolesterol Tinggi...???




Sumber :: Kevin Zahari


Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Kolesterol Tinggi boleh menyebabkan Penyakit Jantung
KENAPA IA MEMBAHAYAKAN...???
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
CARA UNTUK MENURUNKAN KOLESTEROL TINGGI..
 BACK TO BASIC.. 
  • Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
  • Contoh: Lemak daging, lemak ayam
  • Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

ADAKAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN KOLESTEROL TINGGI...???


Serba sedikit cerita yer..

Omega GuardOmega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kolestrol dan dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah. Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.

Phytocol-STPhytocol membantu membina blok yang boleh menghalang penyerapan kolestrol dalam darah..selalunya dicadangkan diambil bersama makanan atau sebelum makan makanan berlemak dan berkolestrol.

CoqHealth - Melindungi alteri jantung daripada pengoksidaan LDL , meningkatkan peredaran darah dan menyokong penghasilan tenaga pada jantung




Nurul 011-11532515
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment