Wednesday 22 October 2014

SUPPLEMENT ADALAH MAKANAN BUKAN UBAT...

Meh, kali nie Nurul nak share tentang pendapat sesetengah orang tentang beranggapan SUPPLEMENT ADALAH UBAT.. Okey, Nurul bagi 1 situasi untuk korang faham aper maknanyer dengan supplement.

Mindset Mrs. XXX

Saya taknaklah ambil produk-produk supplement, sebab bila kita STOP ambil, kulit jadi teruk balik. Dah macam efek ketagihan pulak, kena selalu ambik sokmo.

Meh cnie Nurul nk bagi BRAIN WASH ckit mindset Mrs.XXX

Sebagai manusia kita perlu makanan untuk terus hidup. Kita makan nasi, siakap 3 rasa, ayam goreng kunyit, sotong celup tepung, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, sambal belacan, bubur pulut hitam, air sirap limau,bla,bla,bla,bla... Hamboi,x habis nk list kan..

Makanan yang kita makannilah yang bekalkan tenaga untuk buat aktiviti harian.  Nak berjalan,nak basuh baju, nak masak, nak tengok tv, nak baca buku, nak update blog,nak scroll newsfeed facebook, even nak kelipkan mata pun memerlukan tenaga tau..

Bila tenaga dari makanan tu dah habis, kita pun mula rasa penat, letih dan lapar. So,kita akan makan lagi kan..??? Apa akan jadi jikalau kita tak makan???Badan akan jadi lemah, penat, makin letih & last-last mati kebuluran..

Begitulah juga keadaan sel kita sebenarnyer. Makanan sel berunsurkan vitamin dan mineral. Vitamin A,B,C,D,E,K, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, Zinc, Colegen, Asid Amino, Asid Lemak, semua ini adalah dipanggil makanan sel. Makanan sel inilah yang kita dok panggil sebagai supplement atau makanan tambahan.

Seperti tuannyer makan nasi untuk hidup, sel juga memerlukan makanan untuk hidup. Jika kita manusia lepas makan baru bertenaga nak mop lantai, begitu juga sel untuk membina tisu & organ sihat. Jika kita manusia tidak makan untuk jangka masa yang lama, kita akan mati kebuluran sama juga dengan sel jikalau tidak diberi makanan untuk jangkamasa yang lama, sel akan mati.

Jadi tak hairanlah jika kita berhenti mengambil supplement, kulit akan kembali kusam, tulang kembali sakit dan pelbagai penyakit lain muncul. Ini adalah kerana sel juga macam tuannyer. Memerlukan makanan secara berterusan untuk menjalankan aktiviti mencantikkan dan menyihatkan tuan dia.. Jelas tak Mrs. XXX???

Dalam semua makanan, sayuran, buahan memang mengandungi vitamins dan mineral, namun adakah ia mencukupi keperluan harian kita..??? Dan adakah ia berkualiti..??? Oleh itu, pelbagai syarikat kesihatan tampil dengan berbagai jenis produk makanan sel ( diistilahkan sebagai makanan tambahan/supplement) agar individu berkesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan boleh memilih makanan sel yang mereka ingini dengan mudah..

Akhir kata, Nurul ingin tegaskan bahawa SUPPLEMENT ADALAH MAKANAN BUKAN UBATAN..

SEKIAN...




Nurul 011-11532515
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment